
Penulis Husna Rosli merupakan seorang story lover. Dia gemar berkongsi minatnya terhadap buku dan cerita melalui reviewnya di media sosial. Dia juga dikenali sebagai seorang ‘Booktuber’ (YouTuber yang berbicara tentang buku) di channel YouTube ‘Husna Reads’.
HUSNA READS YOUTUBE CHANNEL
Setakat ini dia telah berjaya menghasilkan dua buah buku iaitu ‘Psikik’ yang diterbitkan oleh penerbit FIXI pada tahun 2019, dan ‘K-POP Girl: Army Yang Bertuah’ untuk tahun 2020.
Sebagai pembaca, dia menggemari buku bergenre urban fantasy, thriller, misteri dan paranormal. Penulisannya juga banyak mempunyai pengaruh genre berkenaan. Selain membaca, dia juga sukakan segalanya yang bersifat seni terutamanya yang boleh dianalisa seperti muzik, lirik dan filem. Husna juga boleh dikenali di media sosial dengan nama yang sama: Husna Reads
Husna mempunyai harapan yang besar untuk kariernya. Dia berharap imaginasinya serta cerita yang selama ini disimpan dapat disampaikan kepada pembaca. Sekarang, dia sedang cuba menghasilkan lebih banyak cerita ‘Young Adult’ dalam genre fantasi urban, thriller, seram dan paranormal. Dia berharap cerita-ceritanya mampu memeriahkan dunia buku Malaysia kelak.