Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid
Kumpulan wacana Mohd. Affandi Hassan ini menghuraikan dengan panjang lebar tentang latar belakang, takrif, asas-asas falsafah, kaedah dan pendekatan...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Kumpulan wacana Mohd. Affandi Hassan ini menghuraikan dengan panjang lebar tentang latar belakang, takrif, asas-asas falsafah, kaedah dan pendekatan dalam Pendidikan Estetika. Turut dibicarakan ialah beberapa aspek espen. Espen merupakan satu genre baru kesusasteraan yang ingin diketengahkan oleh penulis ke arena kesusasteraan kontemporari. Pendidikan estetika dalam pengertian yang dimaksudkan oleh penulis, akan meneliti karya sastera dari segi maknanya kepada kehidupan manusia yang beradab. Makna ini dilihat dari dua sudut. Makna dari segi struktur, yang mencirikan keindahan sesebuah karya; dan makna dari segi perutusan (isi, falsafah, mesej, moral dan sebagainya), yang mencirikan kebenaran dari segi world view tauhid. Kerana adanya penekanan kepada aspek makna dari dua segi ini, maka setiap karya sastera dapat dinikmati keindahannya dari segi seninya dan dari segi kandungannya. Melahirkan kedua-dua aspek makna inilah yang dimaksudkan dengan pendidikan adab dalam pengajaran sastera.
- Format:Paperback
- Pages:105 pages
- Publication:2005
- Publisher:Dewan Bahasa dan Pustaka
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:9836228519
- ISBN13:
- kindle Asin:9836228519









