Mutiara Dalam Debuan Kabus
Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar, apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui.
Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan ‘melampau’. Seorang isteri yang curang...
“Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji.” - Uzzam
Bagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dengan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan.
“Kau tak layak jadi isteri Uzzam... Disebabkan itulah dia bercadang untuk berkahwin dengan aku...” – Nora Asyikin
Dalam tidak ingat apa-apa, dia dalam dilema. Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul dalam kotak fikirannya. Justeru, dia pun cuba memperbaiki diri dan rumah tangga demi mengambil peluang keemasan ketika dia masih hilang daya ingatan. Mengharap agar masih ada peluang kedua buat dirinya.
Namun hasratnya itu terhambat apabila mendapat tahu pula dia merupakan isteri kepada lelaki lain.
“Nama dia Airina, isteri aku... jangan sesekali sentuh isteri aku.” – Ghazali
“Kalau dia ini isteri kau, apa buktinya?” - Uzzam
Maka hidupnya makin bergolak dalam dilema dan tanda tanya. Dia Aslin, ataukah Airina?
Namun dengan hati kental, dia akan cuba mencari huraian tentang siapakah dirinya yang sebenar walaupun dia akan menempuh bahaya…
- Format:Paperback
- Pages:446 pages
- Publication:2020
- Publisher:Love Novel Publishing
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:9672467478
- ISBN13:9789672467472
- kindle Asin:9672467478









