Dia Fatihahku

  1. home
  2. Books
  3. Dia Fatihahku

Dia Fatihahku

4.23 13 4
Share:

“Alvin! Ya Allah! Apa you nak buat pada I Alvin?! Astaghfirullah! Allah! Kau dah gila ke Alvin?!” Fatihah terus menjerit! Fatihah berundur ke...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

“Alvin! Ya Allah! Apa you nak buat pada I Alvin?! Astaghfirullah! Allah! Kau dah gila ke Alvin?!” Fatihah terus menjerit! Fatihah berundur ke belakang, cuba mencapai pasu kristal merah di atas meja sisi katil. Siap mahu melindungi diri jika perlu.

Kelopaknya matanya panas. Namun, hatinya lebih panas. Mendidih melihatkan lelaki itu terus bersahaja mengukir senyuman sinis padanya.

“Jangan dekat dengan I Alvin! I jerit! I pukul you! I... I,” Fatihah kehilangan kata.

Tuala dikemaskan di kepala. Tangan kanan sedia untuk menghayun senjata. Dan Alvin terus mara bagai tiada apa yang mampu menghalangnya.

“You won’t Fatihah... you won’t!” Alvin terus yakin.

“Apa you buat kat I Alvin? Cakap dengan I! Bagitahu I!!! Kenapa I ada di sini dengan you?! You were supposed to send me home last night, kan?!” Fatihah masih berusaha mengatur kata dalam getar suaranya saat Alvin mula mendarat di atas katil, kurang tiga jengkal sahaja darinya.

“Jangan main-mainkan I. This is just another magic trick from you, kan?! Alvin…” Tanpa amaran, bibirnya terus dikunci bibir hangat Alvin. Lama. Membuat Fatihah terpaku, kaku.

“No my love... we were supposed to spend our night together last night! As you wish! And yes, we did! We slept. Together! We’ve made love to each other. And you loved it as much as I do! Thank you my dear...” Alvin membisikkan suara garaunya di pinggir cuping telinga Fatihah setelah bibir mungil itu dilepaskan.

Fatihah tergeleng-geleng tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Badan Alvin ditolak kasar. Bibirnya digosok kuat! Jijik dengan apa yang baru sahaja berlaku!

“Masyaallah! Alvin! Aku masih waras Alvin! Aku takkan buat benda-benda bodoh semua tu! Jahatnya kau! Zalimnya kau! Apa dosa aku pada kau Alvin sampai kau buat aku macam ni?! Memang kau ni dasar k**ir laknatullah! Allahu!” Fatihah terus meraung sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah lelaki yang paling dibencinya saat ini.

Tubuhnya terus lemah. Air mata dibiarkan jatuh membuak-buak membasahi pipinya. Badannya terhinggut-hinggut mengongoi bagai anak-anak kecil. Menangisi segenap takdir yang ditulis untuk dirinya.

Tidak cukupkah kesakitan yang bertimpa-timpa datang meranapkan segenap impian dan harapan bahagianya selama ini? Kini maruah wanitanya pula sedang dicabuli lelaki yang disangkanya boleh melindungi! Nyata dia silap sama sekali.

‘Apa dosa Fatihah, Allah! Kenapa Allah uji Fatihah macam ni... Fatihah sakit Ya Allah! Sakitnya...’ Rintih Fatihah di dalam hati. Terus jijik dengan tubuh badannya sendiri.

Dan Alvin Tan hanya mampu memandang. Kesalnya datang bertandang. Gadis yang dicintai sedang disakiti... disakiti dirinya yang tegar mencintai!

‘Maafkan Alvin Fatihah, Alvin terpaksa. Alvin tak mahu hilang Fatihah lagi!’ Alvin juga hanya mampu berbicara di dalam kebisuan. Tangisan hatinya tak mungkin ada siapa dapat mengerti...

  • Format:Paperback
  • Pages:528 pages
  • Publication:2018
  • Publisher:Pena Cinta Enterprise
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:967151572X
  • ISBN13:9789671515723
  • kindle Asin:967151572X

About Author

Michiko Ohara

Michiko Ohara

4.11 18 7
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All