Kerana Aku Bukan Pilihan

  1. home
  2. Books
  3. Kerana Aku Bukan Pilihan

Kerana Aku Bukan Pilihan

3.94 54 17
Share:

Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Jodoh dan ajal merupakan lukisan takdir buat setiap hambaNya. Di saat Uthman Firdaus kehilangan bidadarinya yang berjuang melahirkan tanda cinta mereka, Nailah Jannah pula diberikan nafas baharu tatkala Allah memberikan peluang kedua kepadanya untuk meneruskan hidup.

Lima tahun berlalu, majlis ulang tahun kelahiran si kembar tanda cinta Uthman dan Hikmah telah menjadi titik pertemuan dua insan sehingga membibitkan perkenalan di antara mereka. Pada awal pertemuan saja Uthman sudah tertarik dengan peribadi Nailah yang begitu akrab dengan anak-anaknya.

“Aku percaya kau boleh jaga anak-anak aku bila aku bekerja nanti.” - Uthman

“Awak kerja apa sebenarnya sampai berbulan tak balik?” - Nailah

“Nelayan.” - Uthman

Setiap kali Uthman menitipkan Qaisah dan Qailah di bawah jagaannya, Nailah sering tertanya tentang Uthman. Bahkan, sikap penyayang si ayah tunggal membuatkan jantung Nailah sering berdegup kencang tanpa alasan yang kukuh. Seakan, ada isyarat istimewa tentang Uthman dalam diri Nailah.

Hingga suatu saat… sang jejaka mulakan langkahnya…

“Sekali aku lafazkan aku terima nikahnya… aku bersumpah yang aku akan selalu melindungi dan membahagiakan kau hingga akhir hayat aku.” - Uthman

Sesungguhnya, Uthman tulus dengan niatnya menikahi Nailah. Dia mengalah dengan kehendak hati demi kebahagiaan zuriatnya meskipun tiada cinta buat si gadis. Tapi, apalah ertinya sebuah perkahwinan jika hanya Nailah yang berjuang demi mahligainya bersama Uthman? Hakikatnya, dia bukanlah pilihan hati suami yang mula bertakhta di ruang hatinya.

“Keterlaluankah kalau saya nak awak cintakan saya? Walau hanya sedikit cuma?” - Nailah

Permintaan Nailah membuatkan Uthman seakan terperangkap dengan niatnya sendiri. Namun, ruang hatinya juga bisa berbolak-balik dengan setiap perjuangan cinta Nailah buatnya. Lantas, bisakah Uthman membuka cinta baharu buat Nailah demi kebahagiaan mereka?

  • Format:Paperback
  • Pages:481 pages
  • Publication:2024
  • Publisher:Ink Loaf Publication
  • Edition:
  • Language:
  • ISBN10:6299888636
  • ISBN13:9786299888635
  • kindle Asin:6299888636

About Author

Syaf Asriqa

Syaf Asriqa

4.07 103 30
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All