GOD(A) (Kumpulan Cerpen)

  1. home
  2. Books
  3. GOD(A) (Kumpulan Cerpen)

GOD(A) (Kumpulan Cerpen)

3.50 2 1
Share:

GOD(A), kumpulan 10 buah cerpen yang pasti akan menggoda pembaca dengan cerita-cerita kehidupan luar biasa watak-watak istimewa diraih dari...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

GOD(A), kumpulan 10 buah cerpen yang pasti akan menggoda pembaca dengan cerita-cerita kehidupan luar biasa watak-watak istimewa diraih dari pengalaman penulis yang cekap menganyam realisma magis ke dalam kisah-kisah biasa. Seorang penjaga masjid telah diamanahkan untuk memastikan bahawa kolam wuduk masjid tidak disalahguna sebagai tempat mandi awam. Seorang lelaki remaja, teruja untuk perjalanan ke Ipoh, menyertai Peraduan Tilawah Al-Quran pada tahun 1965, terpaksa menerima hakikat mengapa perjalanannya terpaksa dibatalkan. Ujian seorang pemimpin agama yang dituduh mencetak wang palsu oleh seorang pegawai muda British. Cerita-cerita ini dan lain-lain, yang ditulis oleh seorang mantan pengarah dan penerbit televisyen adalah isu-isu asas lagi penting menyentuh kehidupan orang-orang Islam/Muslim mengenai keyakinan dan keabdian mereka kepada Tuhan.

"Melalui naratif yang lancar, penulis mengetengahkan watak-watak beragama Islam di pentas takdir masing-masing. Watak-watak itu sebagai representatsi manusia, dibiarkan bergerak menangani ujian yang telah ditentukan."

- Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Malaysia.

"Karya-karya dalam buku ini mampu mendidik hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakkan pancaindera lahiriah untuk mengungkapkan isyarat Ayatul Kauniah melalui watak-watak dan jalan naratif yang bukan hanya menghubungkan, malah meneguhkan manusia dengan Maha Pencipta."

- Ustazah Rahayu Mohamad, Konsultan Pendidikan Negara Singapura.

  • Format:Paperback
  • Pages: pages
  • Publication:2018
  • Publisher:Unggun Creative
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:9811163286
  • ISBN13:9789811163289
  • kindle Asin:9811163286

About Author

Jamal Ismail

Jamal Ismail

4.00 10 3
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All