Tiga Tanda Tanya

  1. home
  2. Books
  3. Tiga Tanda Tanya

Tiga Tanda Tanya

4.02 62 24
Share:

Menjadi pelajar bermasalah meletakkan Rossa, Rey, Blade, Melinda, Jun, Gapi dan Fad tersenarai sebagai peserta kem motivasi yang dianjurkan oleh...

Also Available in:

  • Amazon
  • Audible
  • Barnes & Noble
  • AbeBooks
  • Kobo

More Details

Menjadi pelajar bermasalah meletakkan Rossa, Rey, Blade, Melinda, Jun, Gapi dan Fad tersenarai sebagai peserta kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ditempatkan di dalam kumpulan yang sama, masing-masing sering tidak sefahaman. Bertengkar dan mengejek antara satu sama lain seakan mainan di bibir. Sehinggalah satu perjanjian dibuat untuk membuktikan keupayaan masing-masing.

Namun, pertemuan yang dijanjikan selepas sepuluh tahun itu berakhir dengan tragedi apabila Melinda ditemui mati pada malam terakhir pertemuan mereka. Sejak itu, Rossa seakan diburu oleh si pembunuh. Hidupnya kucar-kacir dan tidak tenteram apatah lagi dia merupakan orang terakhir bersama Melinda pada malam itu.

“Aku tak bunuh sesiapa.” – Rossa

Demi keselamatan Rossa, Rey sentiasa menjadi pelindung gadis itu.

“Kau tak perlu takut. Aku ada.” – Rey

Saat mereka mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut, kewujudan aplikasi permainan atas talian, Tiga Tanda Tanya yang tiba-tiba wujud di telefon bimbit masing-masing menimbulkan tanda tanya. Tanpa disangka, permainan itu mampu menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka.

“Mungkin kita akan dibunuh. Macam dalam novel, selepas pertemuan sekumpulan sahabat, satu demi satu akan mati dibunuh.” – Blade

Apakah cerita di sebalik semua yang berlaku? Siapa sebenarnya yang berdendam dengan mereka? Dan, apa pula kaitan Tiga Tanda Tanya dengan mereka semua?

Ternyata, ada yang sentiasa memerhati ….

  • Format:Paperback
  • Pages:336 pages
  • Publication:2024
  • Publisher:Prolog Media
  • Edition:
  • Language:msa
  • ISBN10:629758706X
  • ISBN13:9786297587066
  • kindle Asin:629758706X

About Author

Ezi Afiza

Ezi Afiza

3.85 281 98
View All Books

Related BooksYou May Also Like

View All