Mahathir Di Sebalik Tabir
Dr Mahathir Mohamad (Dr. M) ialah tokoh kontroversi, tetapi tidak ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang penting dalam senarai jawatan Perdana...
Also Available in:
- Amazon
- Audible
- Barnes & Noble
- AbeBooks
- Kobo
More Details
Dr Mahathir Mohamad (Dr. M) ialah tokoh kontroversi, tetapi tidak ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang penting dalam senarai jawatan Perdana Menteri Malaysia sehingga kini. Tidak diragui beliau ialah Perdana Malaysia paling terkenal selepas Tunku Abdul Rahman.
Namun begitu beliau juga adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik sebagaimana yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai sebuah negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik di kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau telah menyaksikan pemergian dua timbalan beliau yang amat dipercayai, dan berjaya memikat orang yang pernah dianggap mustahil sebagai sekutunya, Anwar Ibrahim, bekas aktivis Islam yang kini dilihat sebagai penggantinya. Dr. Mahathir juga memupuk generasi baru usahawan Melayu, contohnya multijutawan Daim Zainuddin dan pantas pula membawa Malaysia ke era industrialisasi.
Dalam buku ini, wartawan veteren dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan, Zainuddin Maidin (lebih dikenali sebagai Zam) mengungkap tokoh ini di sebalik keistimewaan politiknya, di samping berusaha menjawab soalan-soalan yang membuatkan Dr. Mahathir sentiasa berdetik.
Zam memang layak menulis tentang Dr. Mahathir. Beliau pertama kali bertemu bakal Perdana Malaysia ini sewaktu masih menjadi pelajar sekolah dan tinggal di kawasan setinggan di Kedah, apabila terpaksa menjemput Dr. Mahathir untuk merawat datuknya yang sakit tenat. Insiden ini digambar dengan begitu jelas dalam bab permulaan buku ini. Zam kemudian mengenali Dr. Mahathir dengan lebih dekat, dan terus rapat dengan beliau dalam susah dan senang, baik sebagai teman dan tempat meluah perasaan.
Mahathir Di Sebalik Tabir
Buku Zam yang ketiga diterbitkan serentak dengan edisi inggeris
The Other Side of Mahathir
Buku beliau yang pertama berbentuk memoir
Yang Pertama dan Terakhir
Bukunya yang kedua ialah komentarnya dalam Mingguan Malaysia selama 10 tahun
Yang Terbaik daripada Awang Selamat
Terbitan Pertama : 1994
Terbitan Kedua : 1994
Terbitan Ketiga : 1995
Terbitan Keempat : 1998
- Format:Paperback
- Pages:347 pages
- Publication:1998
- Publisher:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
- Edition:
- Language:msa
- ISBN10:9676104841
- ISBN13:9789676104847
- kindle Asin:9676104841









